Produk terbaru/baca dan faham

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah

Friday 8 January 2010

Isu Kalimah Allah

January 05, 2010 15:02 PM
WEHDAH Serah Memorandum Bantah Penggunaan Kalimah Allah Kepada Sultan Kedah
By: Ramjit-->ALOR SETAR, 5 Jan (Bernama) -- Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) hari ini mempersembahkan memorandum kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selaku Ketua Agama Islam negeri ini, sebagai tanda bantahan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.Pengerusi Wehdah Mohd Azmi Abd Hamid berkata Wehdah mewakili 26 pertubuhan Islam di negeri ini, mempersembahkan memorandum itu sebagai rayuan kepada baginda supaya memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan."Ini adalah harapan umat Islam, dengan rendah hati kami merayu supaya satu tindakan segera diambil untuk meredakan isu ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Elmi Yusoff di Wisma Darul Aman, di sini pada Selasa.Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.-- BERNAMA

1 comment:

  1. apa pun tindakan yang kita (rakyat) buat sama ada berhemah atau agak ekstrim, itu ialah manifestasi keluhuran hati dan kecintaan kita terhadap agama kita berbanding orang politik yang banyak bermain kata

    ReplyDelete